wi salam duluh mulo2. hehehe

like

Thursday, June 16, 2011

.:Muhammadian tumbang:.


kelab kecil ini tewas di tangan Asyraf apabila mengadakan perlawanan persahabatan di G15 kelmarin. Ayam tambatan skuad Muhammadian iaitu Anas dan Abu gagal memanfaatkan peluang 100% untuk menjaringkn gol. aksi goyah pada separuh masa pertama memberikan peluang kpd asyraf tuk melakukan asakan demi asakan untuk menambah gol.

kehebatan penjaga gol lawan, Mamat, telah menyebabkan kubu pertahanan asyraf kebal dan sukar ditembusi oleh dua tonggak Muhammadian.Walaupun asakan demi asakan telah dilakukan, tetapi, Muhammadian gagal menambah jaringan.ekoran drpd kegagalan menambah jaringan, Muhammadian terpaksa menutup tirai perlawanan persahabatan dengan kalah 17-12.

Sunday, June 12, 2011

.:syahmi benam ego asyraf mat azmi:.


Selepas tewas mengejut ditangan Anas minggu lepas , team ku ibarat sang Singa yang terluka apabila menjadikan team asyraf sebagai mangsa pertama selepas membaham pasukan tersebut 22-18 dalam aksi di United futsl. aq menyifatkan pasukanku tersedar dari lena dan mimpi buruk ketika terpaksa pulang hampa ketika ditewaskan Anas di G15. perlawanan tengah hari tadi sangat penting, aq pulang ke sini dan membuktikan bahawa team ku adalah pasukan yang tersusun.

"kita bermula dengan baik dan menguasai perlawanan.hantaran cukup sempurna dengan pemain yang tersenarai menunjukkan semangat yang cukup tinggi dan mereka tahu yang mereka tidak mampu kalah lagi', kata ayam tambatan kumpulanku, tajudin.

Jelasnya, dia mengharap aksi yang sama diteruskan dalam perlawanan akan datang.
jumlah jaringan tadi cukup luar biasa.Asyraf b'main dengan cukup baik dan mempunyai pemain yang berkualiti tetapi secara taktikalnya pasukn ku lebih baik dan jentera serangan kita menjalankan tugas dengan sempurna.

Sunday, May 15, 2011

Thursday, May 5, 2011

.:abu gah tunjuk taring:.


G15- penyerang sensasi pasukan anas menutup tirai perlawanan dengan kemenangan 18-12 petang tadi. abu meledak gol pertama dari hujung kotak penalti  selepas 10 minit permainan dan menambah gol kedua selepas jaringan oleh anas. aq turut perit apabila ayam tambatan pasukanku gagal mempamerkan prestasi sebenar. dia juga membuat persembahan yang agak memukau. gol hasil drpd pemain bidan terjun ku, nabil,telah menaikkan semangat untuk melancarkan lebih banyak serangan terhadap kubu kebal anas, tetapi ia gagal.
ok. bye.

Sunday, May 1, 2011

.:syahmi dahagakan kemenangan:.


selepas menjalani minggu yang sukar ini. aq merasakan lamo doh x menang. terlalu lama *bia pom minggu lepas meney lawey anas* .apa yang pasti, aq harus segera mencipta kemenangan bagi mengelakkan perasaan putus asa menyelubungi minda kecilku. pada hari khamis ni, aq mungkin akan menentang anas di G15. meskipun ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. aq dan pasukanku harus mengekalkan momentum cemerlang selain berhati hati dengan ancama daripada pasukan lawan. aq juga x mahu rakanku dan aq LEKA terutama barisan benteng pertahanan manakala yang lain mestilah fokus untuk mencetak gol. aq juga harus memastikan prestasiku kekal malar dan meningkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...