wi salam duluh mulo2. hehehe

like

Sunday, January 9, 2011

Ancelotti diberi peringatan

LONDON: Carlo Ancelotti diberi peringatan mengenai kemerosotan Chelsea kebelakangan ini apabila kain rentang dilihat berada di luar pusat latihan kelab itu yang menuntut pengurus itu meletak jawatan.
Ancelotti adalah antara beberapa pengurus Liga Perdana Inggeris yang kini dalam perhatian dan kekalahan kepada Wolves, menambahkan tekanan buat Chelsea yang kini berada di tangga kelima, sembilan mata di belakang Manchester United.


Jurulatih kelahiran Itali itu mengakui selepas perlawanan itu bahawa harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan semakin tipis, justeru menganggap perlawanan Piala FA menentang Ipswich di Stamford Bridge malam ini penting.

Kelab Championship itu akan diketuai pemangku pengurus, Ian Mcparland yang mengambil alih tugas itu selepas penyingkiran Roy Keane, 72 jam sebelum perlawanan itu.


Sebelum kemerosotan Chelsea, perlawanan ini hanya dilihat tidak lebih sebagai halangan biasa yang boleh mereka atasi, ketika kelab itu memasang impian untuk mempertahankan trofi itu buat tahun kedua berturut-turut.



Bagaimanapun kini, Ipswich kini berhajat untuk memanfaatkan kebimbangan pasukan tuan rumah sementara bagi Ancelotti dan anak buahnya, mereka tidak harus kalah dalam perlawanan itu, Pengurus itu hanya mentertawakan kehadiran kain rentang itu yang bertulis ‘tiada siapa di antara kamu layak menyarung jersi itu’ dan ‘singkirkan Ancelotti dan Abramovich’ tetapi tidak menolak keinginan untuk menang malam ini.

“Hanya ada satu kain rentang?” soal Ancelotti ketika diberitahu mengenai protes itu.


“Jika satu, tiada masalah. Tekanannya sama seperti Itali. Di luar latihan keadaannya berbeza kerana di Itali, kami menerima banyak tekanan daripada penyokong. Anda lihat di luar hanya seorang tidak gembira. Di Itali keadaannya berbeza. Saya boleh temui 1,000 orang di luar padang latihan tidak gembira. Sukar untuk menentang 1,000 orang tetapi dengan seorang saja, kami boleh uruskan. “Paling penting, kami perlu kukuhkan pasukan ini dan saya boleh melihat semua orang melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini,” katanya. -AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...