wi salam duluh mulo2. hehehe

like

Saturday, January 15, 2011

.:selsema:.


haiyaa~
penyakit nim mari lagi ah
x hau bkpo
pi gak ,nim panyakit hok x best skali nyow
kih ado hingus etep
x lamo gak,sy jadi budok hingusan lah~
btw,sy nok share artikel tentang selsema


.:Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit  yang rendah berbanding  dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun:.


.:symptons:.


v Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
v Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
v Bersin.
v Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
v Sakit kepala.
v Adakalanya, demam yang ringan.
v Sakit badan.
v Mata berair.



.:elakkan:.


v Merokok.
v Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan. 
v Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
    mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.

v Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
v Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin



.:tabiat yg baek dilakukan jika selsema:.


v Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
    dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.

v Tidur secukupnya.
v Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
v Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
     makanan.

v Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
v Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yang dituntutnya.    
v Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.





btw,sy juga ingin share kan doa untuk mengelak wabak penyakit:-


.:doa elak wabak penyakit:.






.:maksudnya:.


Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam.

Amin.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...