wi salam duluh mulo2. hehehe

like

Thursday, April 14, 2011

.:Kelantan diratah Perak:.


Keputusan Terkini @Semasa Live: Kelantan vs Perak: Liga Super 12 April 2011:
KELANTAN 0-4 PERAK
  • PERMAINAN TAMAT DENGAN PERAK MENANG 4-0 LAWAN KELANTAN. Perak bakal menduduki tangga kedua atau pertama (bergantung kepada keputusan Selangor)
  • 91": Satu lagi rembatan leret Nurul Azwan Roya ditangkap penjaga gol, ada 3 minit lagi dalam masa tambahan
  • 87": Rembatan leret Shakir sedikit tersasar, Kelantan masih menunggu gol pertama
  • 81": Gol keempat untuk Perak oleh Razali Umar hasil bola daripada Noor Hazrul
  • 78": Satu gol lagi untuk Perak jaringan Akmal Rizal menggunakan kaki kiri. Kesilapan pemain pertahanan dan penjaga gol Kelantan @kebangsaan (di luar jangkaan Fahmi)
  • 76": Izuan Solahuddin dimasukkan bagi menggantikan Solihin. Kelantan perlu melakukan sesuatu jika ingin membawa balik mata malam ini
  • 73": Perak mendapat tendangan percuma di sebelah kiri di luar petak penalti tetapi dapat dikeluarkan oleh pemain Kelantan
  • 72": Norshahrul mendapat kad kuning setelah melakukan "sliding" ke arah penjaga gol
  • 70": Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan Daniel Fadzley. Apasal le mengeluarkan Daniel since beliau bermain dengan baik sekali
  • 67": Sepakan Norshahrul di sebelah kanan pintu gol dapat ditangkap oleh Nasril tetapi Kelantan diberi sepakan sudut setelah bola tersebut keluar dan corner kick gagal membuahkan hasil
  • 64": Chanturu (Kel) dilayangkan kad kuning setelah tertendang pemain Perak, Hisyamudin di luar sebelah kiri petak penalti
  • 59": Counter attack oleh pemain-pemain Perak ditackle oleh pemain Kelantan dan sepakan percuma dapat ditangkap cantik oleh Khairul Fahmi
  • 58": Hantaran percuma Danial memang cantik ke pintu gol tetapi gagal disempurnakan oleh Chanturu. Memang diakui Daniel Fadzley pakar sepakan percuma
  • 55": Norshahrul gagal berbuat apa-apa setelah mendapat hantaran silang ke pintu gol Perak
  • 52": Tandukan pemain Perak gagal ditangkap kemas oleh Fahmi dan nasib baik Akmal Rizal yang berada di depan Fahmi tidak dapat berbuat apa-apa, kalau tidak satu gol lagi buat Perak
  • Permainan separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan serangan dilakukan oleh pasukan Perak tetapi dapat dipatahkan oleh pasukan Kelantan (Update: Terengganu mendahului T-Team 1-0)
  • Permainan separuh masa pertama tamat setelah 2 minit masa tambahan dan kedudukan setakat ini KELANTAN 0-2 PERAK. Jumpa lagi dalam masa 15 minit
  • Update: Selangor mendahului Felda 1-0
  • 42": Mohd Shakir (Kel) dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Perak berdekatan dengan garisan tengah padang
  • 40": Perlawanan tinggal lagi 5 minit untuk separuh masa pertama dan Kelantan membuat serangan bertubi-tubi bagi mendapat gol pertama
  • 34": Sepakan percuma oleh pemain Perak di luar kiri petak penalti dapat ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi. Permainan malam ini sungguh menarik kerana kedua-dua pasukan bergilir-gilir membuat serangan
  • 32": Serangan bahagian kanan Kelantan tidak begitu berfungsi dan kebanyakkan attack di bahagian kiri dan tengah
  • 29": Satu lagi sepakan percuma Daniel cantik ke pintu gol tetapi Norshahrul yang berada di hadapan tidak boleh berbuat apa-apa setelah "dihalang" oleh pemain Perak
  • 28": Sepakan percuma cantik Daniel Fazly (Kel) di luar kotak penalti ditangkap kemas oleh Nasril
  • 26": Satu gol lagi buat Perak hasil jaringan mudah oleh Shafiq Jamal setelah mendapat bola daripada Nanthakumar dari sudut kiri hujung gol
  • 20": Sepakan sudut pendek diambil oleh Norshahrul tetapi Zairul Fitree mensia-siakan peluang dengan merembat tinggi
  • 18": Serangan Chanturu dapat diselamatkan oleh penjaga gol Perak, Md Nasril dengan merebahkan diri dan bola muntah tidak dapat dilakukan sesuatu oleh Norshahrul akibat tackle oleh pemain Perak
  • 17": Shafiq Jamal (Perak) sedikit offside
  • 16": Satu rembatan cantik oleh Isma Alif di luar petak penalti dapat diselamatkan dengan cemerlang @ditepis keluar oleh Khairul Fahmi
  • 15": Setelah 15 minit permainan kelihatan Perak lebih menguasai permainan terutamanya di bahagian tengah dan pertahanan Kelantan agak longgar
  • 8": Satu lagi cubaan Akmal Rizal sedikit tersasar disebabkan oleh kesilapan pemain-pemain pertahanan. Akmal Rizal telah membuat cubaan kali ketiga dan perlu diberi perhatian yang lebih malam ini
  • 5": Md Fazrul Hazli menjaringkan gol untuk Perak setelah sedikit kesilapan yang telah dilakukan oleh Khairul Fahmi
  • 3": Serangan Akmal Rizal tersasar jauh di atas palang
  • 2": Sepakan sudut pertama yang diambil oleh Norshahrul (Kelantan) dapat dipintas oleh pemain Perak
  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan mengambil sepak mula. Kelantan menggunakan jersi putih manakala Perak pula kuning

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...