wi salam duluh mulo2. hehehe

like

Sunday, January 16, 2011

.:bayi lemas dalam besen di bilik air:.

dipetik dari berita harian:-




JOHOR BAHRU: Seorang ibu hanya mampu menangis pilu melihat bayi perempuannya berusia 26 bulan yang ditunggu-tunggu untuk menikmati makan malam bersama, rupa-rupanya terbujur kaku akibat lemas dalam besen di bilik air rumah mereka di Senai, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Kampung Baru Senai itu, Chali Lek Kuan ditemui ibunya berusia 40-an yang bergegas mencari anak bongsunya itu selepas panggilan tidak disahut.



Sebelum kejadian, mangsa ditinggalkan bersama abang dan kakaknya yang berusia tujuh dan lima tahun, bermain dalam bilik tidur utama rumah dua tingkat terbabit sementara ibu menyediakan makan malam, manakala bapa mereka yang juga berusia 40-an masih belum pulang dari kerja.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata abang dan kakak mangsa kemudian dikatakan keluar dari bilik itu untuk bermain di ruang tamu tingkat atas, meninggalkan adik mereka bersendirian di dalam bilik. 

Tidak lama selepas itu, ibu mereka memanggil tiga anaknya untuk makan malam tetapi mula curiga apabila anak bongsunya tidak menyahut. Dia kemudian bergegas mencari anak bongsunya sebelum menemui mangsa dalam besen yang dipenuhi air dalam keadaan tidak sedarkan diri, katanya.

Zulkefly berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan kecemasan, namun disahkan sudah meninggal dunia akibat lemas dengan siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai terendam dalam besen terbabit antara 10 hingga 15 minit sebelum ditemui.

Abang dan kakak mangsa juga dipercayai tidak menyedari kejadian malang itu kerana leka bermain, katanya sambil menambah kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut. 
Beliau berkata, polis percaya mangsa berusaha untuk keluar dari dalam besen itu namun gagal menyebabkannya tertelan banyak air sebelum lemas. 



subhanallah,
.:Setiap makhluk hidup diciptakan untuk mati pada waktunya masing-masing. Ada kematian-kematian yang tak terduga yang penyebabnya hanya hal-hal remeh tapi boleh buat nyawa melayang:.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...