wi salam duluh mulo2. hehehe

like

Sunday, January 16, 2011

.:Nenek ampunkan cucu bunuh datuk:.



JEMPOL 15 Jan. - Biarpun masih bersedih, seorang nenek sedia memaafkan cucu lelakinya yang bersekongkol dengan tiga lagi rakan dalam rompakan yang meragut nyawa suaminya di Felda Palong Dua dekat sini, pada malam Jumaat lalu.

Halimah Yasin, 57, yang kehilangan suaminya, Mohtar Yusoh dalam kejadian itu menganggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah dan reda menerimanya.

"Apa yang sudah itu, biarlah... Nasi dah jadi bubur. Perkara ini sudah berlaku walaupun dia (cucunya) terlibat, saya sudah maafkan serta ampunkan kesalahannya dan berharap dia insaf serta bertaubat.

"Biarpun saya terpaksa menjalani kehidupan seorang diri selepas ini, saya harus tabah untuk menempuh dugaan ini. Kejadian ini mungkin ujian Allah yang paling berat buat saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Mohtar, 71, meninggal dunia dalam kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya apabila cucunya sendiri dikatakan terlibat membawa tiga rakannya termasuk seorang remaja perempuan melakukan jenayah itu.

Selain melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM10,000, mangsa ditikam empat kali manakala Halimah pula dipukul dengan objek keras di tangan dan bahu.

Polis bagaimanapun berjaya memberkas cucu lelaki Mohtar berusia 17 tahun bersama tiga lagi rakannya berusia antara 15 hingga 18 tahun tidak lama selepas kejadian.

Menurut Halimah lagi, dia memang tidak menyangka bagaimana cucunya boleh terlibat dalam kes itu kerana menyifatkan dia sebenarnya seorang yang baik.

Sementara itu, salah seorang anak Halimah, Norasimah Hasyim, 27, memberitahu, dia mengetahui kejadian itu selepas ibunya menelefon memaklumkan keadaan rumah mereka seperti dimasuki pencuri sejurus pulang daripada majlis tahlil.

"Mak juga ada cakap keadaan kain di dalam bilik berselerak dan saya menasihati mak berhati-hati.

"Tak sangka lebih kurang 10 minit kemudian saya menerima panggilan jiran pula yang memberitahu ayah tiri saya telah dibunuh dan emak selamat," katanya.

Norasimah berkata, hubungan keluarganya dengan suspek yang merupakan anak saudaranya memang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, keempat-empat suspek kini ditahan reman bermula kelmarin sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka termasuk seorang perempuan ditahan untuk soal siasat sebelum pendakwaan dibuat," katanya.



astafghfirullah al azim~
apakah dosa atuk itu sehingga dibunuh oleh cucunya sendiri(T_T)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...